23 May
23May
RICH WORDS, PERIBAHASA, UNGKAPAN MENARIK DAN PENANDA WACANA 
- HAFAL SEBELUM PEPERIKSAAN


Bahasa yang digunakan dalam karangan merangkumi perbendaharaan kata, tatabahasa, peribahasa, ungkapan menarik, penanda wacana dan sebagainya. Perbendaharaan kata atau kosa kata merujuk kepada penggunaan perkataan yang unik dan novel dalam penulisan. Morfologi dan sintaksis yang termasuk dalam aspek tatabahasa pula signifikan dalam memastikan kegramatisan karangan yang dibina. Selain penggunaan peribahasa dan ungkapan menarik untuk menambahkan nilai estetika sesuatu karangan, penanda wacana juga memainkan peranan penting untuk memastikan penulisan adalah koheren dan kohesi. Dalam bahagian ini disertakan beberapa perbendaharaan kata, peribahasa, ungkapan menarik dan penanda wacana yang lazimnya digunakan dalam majoriti karangan dan boleh disesuaikan mengikut kehendak soalan.


 

Teknik KABALI 

K - Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya (usaha / langkah / penutup) 

A - Alah bisa tegal biasa (perkara sukar akan menjadi mudah jika selalu dibuat) 

B - Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing (mementingkan diri sendiri) 

A - Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan (buat yang terbaik) 

L - Lain padang, lain belalang (tempat yang berlainan mempunyai manusia yang berbeza) 

I - Ibarat burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung (tidak merdeka / tiada kemajuan)


PUNCA / FAKTOR / SEBAB (APA)

  • seperti katak bawah tempurung (kurang pengetahuan dan sempit pemikiran)
  • seperti api dalam sekam (kejahatan yang berlaku secara diam-diam)
  • seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus (orang yang menyuruh orang lain berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak betul)
  • bagai mencurah air di daun keladi (menasihati seseorang, tetapi tidak memberi sebarang kesan)
  • hangat-hangat tahi ayam (tidak bersungguh-sungguh)
  • kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
  • bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing (mementingkan diri sendiri)
  • ibarat burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung (keadaan hidup seseorang yang berada dalam kawalan orang lain walaupun diberi kebebasan)


USAHA / CARA / LANGKAH / TEKNIK / KAEDAH / INISIATIF (BAGAIMANA)

  • berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
  • bagai aur dengan tebing (hidup tolong-menolong antara satu sama lain)
  • seperti isi dengan kuku (perhubungan yang sangat erat, tidak boleh dipisahkan)
  • bagai menarik rambut dalam tepung (berhati-hati)
  • bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
  • bersatu teguh bercerai roboh
  • kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
  • alah bisa tegal biasa
  • alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan



KELUARGA / PERANAN IBU BAPA

  • ketandusan kasih sayang
  • suri teladan
  • jati diri
  • bagai layang-layang putus tali
  • bagai menatang minyak yang penuh (memelihara anak dengan penuh kasih sayang)
  • bapa borek anak rintik
  • bagaimana acuan begitulah kuihnya
  • melentur buluh biarlah dari rebungnya (didik sejak kecil)


REMAJA

  • kebejatan / kepincangan sosial
  • asakan globalisasi
  • hedonistik (sukakan hiburan / terlalu mementingkan hiburan)
  • sampah masyarakat (generasi yang tiada hala tuju)
  • hala tuju
  • di mana ada kemahuan di situ ada jalan
  • bagai layang-layang putus tali


UNGKAPAN MENARIK

  • Albert Einstein, saintis terkenal seluruh dunia mengatakan, “Agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh”.
  • Charles Cahier mengatakan, “Kejayaan tidak akan datang kepada orang yang Ieka”.
  • Tokoh terkenal, Cicero, mengatakan, “Pengalaman merupakan guru yang terbaik”.
  • Confucius mengatakan “Seseorang yang melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya telah melakukan kesalahan lagi”.
  • John Zwingli pula mengatakan, “Bagaimana pentingnya batu-bata untuk pembinaan, begitulah pentingnya keluarga untuk membina sebuah negara”.
  • “Keruntuhan institusi keluarga akan melahirkan generasi yang lemah”. Kata-kata ini pernah diungkapkan oleh tokoh terkenal dunia, iaitu Mahatma Ghandi.
  • Dr. Irfan Khairi mengatakan, “Merancang masa bermakna merancang kejayaan”.
  • Pascal pula pernah mengatakan, “Jangan memikirkan masa lampau atau masa yang akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya”.


PENANDA WACANA



Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING