23 May
23May

PENUTUP / KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan dalam penghasilan karangan fakta. Antara teknik yang telah dibincangkan ialah teknik FACLK, IMBaKUP dan KCH. Selain kaedah penulisan bahasa yang merangkumi tatabahasa seperti sintaksis dan penanda wacana, serta peribahasa atau ungkapan menarik, pengolahan karangan juga sangat signifikan. Isi, bahasa dan pengolahan yang mantap mestilah seimbang untuk memastikan penulisan adalah koheren dan kohesi. Sehubungan dengan itu, isi dan bahasa yang lazimnya digunakan dalam majoriti penulisan sewajarnya dihafal oleh murid supaya mereka boleh mengarang dengan lancar semasa peperiksaan. Jelaslah bahawa menulis karangan fakta tidaklah rumit sekiranya menguasai teknik untuk menghasilkannya. Tambahan pula, teknik penulisan boleh diubah suai mengikut kemampuan diri sendiri. Murid perlulah membiasakan diri dengan teknik yang dirasakan bersesuaian dan mudah bagi mereka. Pembiasaan boleh dilakukan dengan sentiasa mempraktikkannya, iaitu dengan cara rajin menulis karangan. Dengan ini, murid akan mempunyai cara tersendiri dalam penulisan, selain dapat menguasai bahasa dengan baik dan seterusnya mampu mengolah karangan dengan mantap.


PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah dan kurnia-Nya dapatlah pengkaji menyempurnakan tugasan ilmiah bahasa Melayu yang merupakan tugasan bagi kursus BMP3093, iaitu pembangunan laman sesawang pengajaran bahasa Melayu berasaskan Site123. Tugasan ilmiah ini disiapkan bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan, khususnya buat penyelaras dan pensyarah kursus ini, iaitu Prof. Madya Dr. Adenan Ayob yang telah mencurahkan ilmu dan membimbing pengkaji dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini bermula dari minggu pertama kuliah sehingga tugasan ini dapat disiapkan sepenuhnya. Segala tunjuk ajar yang telah diberikan amatlah pengkaji hargai. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah membantu pengkaji dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa kerjasama daripada semua pihak, tugasan ilmiah ini tidak mungkin dapat disiapkan dengan baik dan berjaya. Semoga penulisan ilmiah ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca.

Sekian, terima kasih.


SUMBER

Anelyza. (2014, Januari 28). Panduan menulis perenggan penutup. Diperoleh daripada http://anelyza.blogspot.com/2014/01/panduan-menulis-perenggan-penutup.html.

Anelyza. (2014, Januari 28). Teknik menghuraikan isi. Diperoleh daripada http://anelyza.blogspot.com/2014/01/teknik-menghuraikan-isi.html. 

Arel Mikhail. (2016, September 16). Penanda wacana. Diperoleh daripada https://www.youtube.com/watch?v=-MDz-Gnxp2s. 

Cikgu Suguz. (2013, September 8). Teknik hurai isi - karangan BM SPM & PT3. Diperoleh daripada https://www.youtube.com/watch?v=prcIYQ3-C4E. 

Cikgu Suguz. (2014, Mac 28). Peranan keluarga & remaja - gaya bahasa karangan. Diperoleh daripada https://www.youtube.com/watch?v=TT1xPFa_Jlw.

Cikgu Suguz. (2014, Oktober 13). Pengenalan karangan cemerlang A+. Diperoleh daripada https://www.youtube.com/watch?v=ehEYLytCBrI.

Cikgu Suguz. (2016, Julai 22). Hafal peribahasa penting - teknik KABALI. Diperoleh daripada https://www.youtube.com/watch?v=F0oVoWHeWKo.

Lppknhq. (2013, November 27). LPPKN - keluarga bahagia. Diperoleh daripada https://www.youtube.com/watch?v=2cB0dbT_Su0.

Mohd. Ramsul Abd. Rahiman. (2013, Mei 4). Bagaimana untuk menghasilkan karangan cemerlang. Diperoleh daripada https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2013/05/bagaimana-untuk-menghasilkan-karangan.html. 

Mohd Khir Kassim. (2008, Jun 2). Teknik mengolah karangan STPM - guna formula. Diperoleh daripada http://khirkassim.blogspot.com/2008/06/teknik-mengolah-karangan-stpm.html. 

Mohd Khir Kassim. (2009, Mac 24). Pendahuluan karangan STPM dan SPM. Diperoleh daripada http://khirkassim.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-karangan-stpm-dan-spm.html.

Qamarul Abdullah. (2017, Ogos 8). Teknik IMBaKUP dalam menghasilkan perenggan penulisan a+ bahasa Melayu. Diperoleh daripada https://qcikgubm.blogspot.com/2017/08/teknik-imbakup-dalam-menghasilkan.html. 

Qamarul Abdullah. (2018, April 17). Penggunaan penanda wacana dalam kaedah IMBaKUP. Diperoleh daripada https://qcikgubm.blogspot.com/2018/04/penggunaan-penanda-wacana-dalam-kaedah.html.

Qamarul Abdullah. (2018, Februari 1). Contoh karangan BM SPM terbaik. Diperoleh daripada https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/contoh-karangan-bm-spm-terbaik.html.

Susana Jalin. (2017, Mei 21). Teknik menulis karangan. Diperoleh daripada https://www.youtube.com/watch?v=D7zx5oLdqYE.


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING